Monday 17 October 2016

Filled Under:

Video : ! Wanita ini Hampir M**** Dengar Pengakuan Selamber Azizan Osman dalam Seminar Semalam ! . Apa Lagi Nak dikata. Sudah Terang Lagi bersuluh.


    Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
    Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
    Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
    Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? #DrAzizanOsman




    1 comments:

    1. Assalamualaikum pada Tuan/Puan

      Kami adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penundaan kereta sekiranya berlaku kerosakan dalam sebarang kes kerosakan pada mana-mana lokasi di seluruh Malaysia...

      Kami pakar dalam menawarkan Kad Keahlian Khidmat Penundaan Kereta (Car Resque) sekiranya berlaku kerosakan dimana2 jalan diseluruh Malaysia...

      Senarai pakej seperti dibawah..

      Pakej A :
      Serendah RM 100 setahun

      - Khidmat Towing percuma setiap kali berlaku kerosakan dalam tempoh setahun.....


      Pakej B:
      Serendah RM 148 setahun

      - Khidmat Towing percuma setiap kali berlaku kerosakan dalam tempoh setahun....
      - Kad keahlian Car Resque Touch N Go....
      Atau
      - Insuran PA Rm 50,000 setahun


      Pakej C:
      Serendah Rm 198 setahun..

      - Khidmat Towing percuma setiap kali berlaku kerosakan dalam tempoh setahun....
      - Kad keahlian Car Resque Touch N Go.....
      - Insuran PA Rm 50,000 setahun


      *Semua perkhidmatan sah utk 1 tahun.....
      *hanya kereta yg berdaftar dilindungi....
      *cover utk seluruh negara..
      *percuma sehingga Rm200 setiap kali tundaan dalam tempoh setahun
      *Terbuka untuk individu, Persatuan, Koperasi, Pertubuhan, Yayasan, Kelab2, syarikat atau jabatan2....

      Sila PM atau hubungi saya untuk mendaftar...
      e-mail : ebizz2012@gmail.com
      Terima kasih......"

      ReplyDelete