Monday 3 October 2016

Filled Under:

KASIHAN ZIZAN, PERKARA BURUK TELAH TERJADI KEPADANYA KELMARIN. MUJURLAH ZIZAN MASIH SELAMAT. DOAKAN ZIZAN.


    KUALA LUMPUR, 4 Okt — Bekas pengurus peribadi Zizan Razak hari ini menang kes samannya terhadap pelakon dan pelawak itu berhubung pelanggaran kontrak perjanjian, dua tahun lepas.
    Ini berikutan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar membenarkan rayuan Marina Juki terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 4 April lepas yang menolak saman Marina terhadap Zizan, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak.
    Peguam Harjit Singh Sandhu, yang mewakili Marina, ketika ditemui pemberita berkata mahkamah bersetuju bahawa Marina selaku pengurus peribadi Zizan berhak mendapat 15 peratus komisen ke atas semua pendapatan yang diperoleh pelawak itu sepanjang empat tahun kontrak perjanjian antara mereka.

    Peguam itu berkata mahkamah turut memerintahkan Zizan, 32, selaku defendan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Marina (plaintif). 

    Zizan dan Marina tidak hadir pada prosiding hari ini.
    Harjit berkata mahkamah juga menolak rayuan Zizan, yang diwakili peguam Rishwant Singh, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan tuntutan balas pelawak itu terhadap Marina.


    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pelakon-zizan-razak-kalah-disaman-bekas-pengurus-peribadi#sthash.DMzx6lDL.dpuf




    0 comments:

    Post a Comment