Sunday 16 October 2016

Filled Under:

UPDATE : PERBUALAN TERAKHIR MANGSA MEMBONGKARKAN SEGALA MISTERI YANG ADA !

    KUALA TERENGGANU : Kejadian tetak dan tikam berlaku diperkarangan tempat letak kereta Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.

    Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan  suspek.

    Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan saspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.

    Saspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa disini.


    Punca dikatakan perbalahan mengenai status suspek adalah suami orang dan telah berkahwin menyebabkan mangsa pergi ke Pejabat Agama Kuala Terengganu untuk memeriksa kesahihan perkara tersebut.

    Kemudian berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa dalam bilik kaunseling selepas didapati suspek sudah beristeri dua.

    Mangsa bersama adik perempuan bersiap untuk pulang ke parking kereta tetapi diekori oleh suspek dan berlaku pergelutan sehingga mangsa ditetak di bahagian tengkuk.

    Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan suspek bersenjatakan sebilah parang.

    Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut sehingga selesai.

    Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasata dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




    0 comments:

    Post a Comment