Sunday, 2 October 2016

Filled Under:

"HUDUD AKAN BUAT ORANG MELAYU MENDERITA" Peguam Terkenal SERU semua Umat Islam di MALAYSIA TOLAK HUDUD !. Sila Komen Pandangan Anda.


    KUALA LUMPUR, 3 Okt — Undang-undang sivil lebih bersifat Islam kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh dibuktikan melalui teknologi moden, kata peguam Siti Kasim.
    Aktivis itu berkata berbeza dengan hudud yang perlu menampilkan empat saksi adil. Sementara seorang saksi lelaki dianggap setaraf dengan dua orang saksi wanita.
    “Saksi wanita tidak kukuh seperti lelaki, dari mana ia datang? Dari al-Quran? Saya tidak fikir begitu; ini tafsiran manusia,” kata Siti, 53, kepada ProjekMMO baru-baru ini.
    “Saksi juga manusia. Mereka boleh berdendam dan mudah disuap. Mereka boleh berkata apa saja terhadap pihak satu lagi.

    Tidak seperti peraturan Islam, tambahnya, “undang-undang sekular beredar mengikut zaman seperti ujian DNA dan rakaman CCTV yang membantu dalam segala hal.”  
    Beliau, yang lantang menolak pelaksanaan hudud, menyeru umat Islam agar tidak menyokong pindaan rang undang-undang (RUU) persendirian PAS di Parlimen nanti.
    RUU itu, bagi memperkasakan mahkamah syariah, untuk menguatkuasakan hukum hudud, tambahnya. Namun pendukung RUU itu menafikan ia untuk pelaksanaan hudud.
    “Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan diikuti negeri lain, mereka boleh hukum dengan hudud, termasuk potong tangan dan rejam tidak sampai mati.

    “Tafsirannya sungguh luas. Jangan kata [RUU] itu bukan hudud,” kata Siti lagi.  
    “Mereka boleh buat segalanya tetapi kita orang Melayu akan menderita. Tengok negara lain yang melaksanakan hudud, sangat teruk.”  
    Beliau juga berkata budaya Melayu yang diamalkan selama ini seakan-akan pupus dengan larangan yang menggunakan alasan agama.

    Dan manusia dikurniakan akal fikiran, tambahnya, tidak seharusnya menerima sesuatu tegahan secara membabi buta.
    “Saya tidak fikir budaya mengajar kita jadi bodoh. Saya cintakan budaya kita. Baju kurung dan kebaya. Ia cantik untuk diteruskan.

    “Saya juga sukakan mak yong dan seni budaya lain tetapi orang Melayu kehilangannya kerana semua itu sudah tidak Islamik bagi mereka.

    “Orang Melayu sudah hilang identiti. Mak yong hilang, wayang kulit haram. Semuanya jadi haram sekarang. Jangan mengikut membabi buta. Tuhan beri akal itu bersebab,” katanya.
    Ibu tunggal beranak satu ini juga merindui budaya Melayu yang sudah lama ditinggalkan atas faktor agama tetapi, baginya, itu semua tafsiran manusia sendiri.
    “Kita orang Melayu sudah hilang budaya kita. Saya masih ingat semasa kecil budaya kahwin Melayu ada menjunjung pengantin, bersanding, muzik dan joget lambak di Melaka.
    “Tetapi sekarang tidak ada lagi. Kita pergi ke majlis perkahwinan sekarang seperti menghadiri majlis pengebumian. Tidak ada apa-apa.

    “Tidak ada bersanding kerana bertentangan dengan Islam, kata mereka. Saya tidak fikir ia bertentangan dengan Islam. Mereka ciptanya sendiri.
    “Jika kita hanya mengikut, kita bukan manusia. Buang otak, jangan jadi manusia. Itu bukan budaya tetapi kebodohan,” katanya.


    - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/siti-kasim-bukti-dna-dan-cctv-aturan-sekular-lebih-islamik#sthash.r1ZLXmiU.dpuf




    0 comments:

    Post a Comment