Sunday, 2 October 2016

Filled Under:

APA LAGI NAK DIKATA, AKHIRNYA PIHAK UNIVERSITI SAHKAN GELARAN DOKTOR YANG DIGUNAKAN DATO VIDA ITU SEBENARNYA...............





    Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia, Penang dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat Ph.D jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu, beliau telah berjaya membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan.


    Dugaan dan cabaran mengharungi liku kehidupan memberi banyak pengajaran dan kekuatan buat pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Dr Vida atau nama sebenarnya Dato’ Dr Hasmiza Othman untuk terus bangkit dan melakukan perubahan besar dalam hidupnya. Siapa sangka, memulakan profesion sebagai seorang guru tidak menghalang wanita ini berusaha mengubah kehidupan. Berani mengambil keputusan untuk meninggalkan karier sebagai seorang guru, beliau memulakan langkah drastik dengan menjual produk kecantikan di kiosk-kiosk sebelum berjaya menempa nama antara usahawan wanita yang sangat berjaya pada hari ini.

    Berkaitan dengan isi doktor palsu, kami bertanya sendiri kepada dato’ Dr Vida mengenai isu ini. Ramai yang salah faham berkaitan isu doktor ini kerana tulisan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu. Doktor yang dimaksudkan bukanlah doktor kesihatan tetapi beliau mendapat gelaran Doktor itu setelah menamatkan pelajarannya dalam bidang biologi daripada Universiti Charles Molnar, Hungary.

    Besar harapan Dato’ Dr Vida agar isu Doktor ini tidak terlalu menjadi isu sebaliknya menyokong usahanya dalam menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan yang terbaik untuk semua masyarakat.




    0 comments:

    Post a Comment