Berita terkini punca adik Noor Amila Edris Norsham hilang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati. Adik Noor Amila Edrus Norsham yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu kini telah ditemui mati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Ampang pada jam 12.30 tengah hari tadi 18 Ogos 2016. Berdasarkan siasatan terkini, suspek warga Myanmar dipercayai ada pertalian keluarga dengan mangsa. Difahamkan, punca kematian adik Noor Amila Edris disebabkan tuntutan hutang dari suspek warga Myanmar tersebut. Terdahulu, adik Noor Amila Edris telah hilang dikediamannya di Jinjang Utara, Sentul sejak seminggu lalu selepas pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib.
Kronologi Adik Noor Amila Edris Hilang Ditemui Mati
11 Ogos 2016: Noor Amila Edris yang baru berusia 5 tahun dilaporkan hilang sejak Khamis 11 Ogos lalu. Difahamkan, mangsa pergi ke Masjid berdekatan kediamannya di perumahan Jinjang Utara, Sentul, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Magrib. Difahamkan mangsa memang rajin menunaikan solat pada usia muda di Masjid.
12 Ogos 2016: Kehilangan adik Noor Amila Edris tersebar meluas dilaman sosial. Berdasarkan maklumat saksi, mangsa dipercayai diculik oleh suspek menaiki kereta Proton Waja.
18 Ogos 2016: Pada jam 12.30 tengah hari, mangsa culik di Jinjang adik Noor Amila Edrus Norsham yang dilaporkan hilang sejak Khamis minggu lepas telah ditemui mati di kawasan sungai Kampung Kemensah, Ampang. Mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan masih memakai baju yang sama ketika mangsa dilaporkan hilang. Difahamkan, penemuan mayat tersebut susulan penangkapan seorang suspek yang juga suami kepada kakak tiri mangsa. Punca kematian gara-gara keluarga mangsa gagal melunaskan hutang yang diminta oleh suspek.
18 Ogos 2016: Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan pengecaman. Menurut keluarga mangsa, jenazah adik Noor Amila Edrus akan dikebumikan pada malam ini juga.
Sumber: Berita Punca Adik Noor Amila Edris Hilang Ditemui Mati | melvister.com
Sumber: Berita Punca Adik Noor Amila Edris Hilang Ditemui Mati | melvister.com
0 comments:
Post a Comment