Friday 9 December 2016

Filled Under:

TERKINI!!Saharul Ridzwan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama...ALHAMDULILLAH

    TERKINI!!Saharul Ridzwan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama...ALHAMDULILLAH




    Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan dulu, Saharul Ridzwan dan isteri khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Menerusi akaun Instagram beliau, Saharul seolah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar perkembangan bayi berserta kepsyen mengucap tanda syukur dengan rezeki diberikan



    Mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, Saharul Ridzwan akui kehidupannya jauh berubah berbanding dahulu. Malah benar kata orang tua, perkahwinan itu membuka pintu rezeki kerana Saharul sendiri mengalaminya apabila bernikah dengan Deena Emir pertengahan September lalu. Bukan itu sahaja, ada berita juga mengatakan isterinya kini sedang bunting pelamin





    “Insya-Allah, kalau ada saya akan beritahu kepada semua. Saya akan cari masa yang betul-betul sesuai dan akan uar-uarkan kepada semua. Saya bukan nak sorok atau apa cuma bagi saya belum masanya lagi untuk saya berbicara mengenainya,” katanya kepada Utusan Online.

    Sebelum ini menerusi ruangan Pok Lip dari Utusan Online, Deena dikatakan sedang hamil dengan usia kandungan masih di peringkat awal. Bagaimanapun, Saharul ketika ditanya mengenai berita kehamilan itu memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu dan enggan mengulas lanjut. Mungkin juga kerana kehamilan isteri kesayangannya itu masih di peringkat awal.


    Bagaimanapun, Saharul tidak ketinggalan meminta agar semua peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri, selain daripada mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Terdahulu, Saharul juga mendedahkan bahawa berat badannya kini hampir mencecah 90 kilogram sejak berkahwin, memang terserlah kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.







    0 comments:

    Post a Comment