Tuesday 27 December 2016

Filled Under:

4 Sebab Kentut Depan Pasangan Membuat Hubungan Lebih Erat..sebab no 2 tuh memang kena..


    4 Sebab Kentut Depan Pasangan Membuat Hubungan Lebih Erat..sebab no 2 tuh memang kena..


    Mulai sekarang, tak perlu malu kentut di depan pasangan. Bukanlah tanda bahawa anda pengotor. Itu adalah tanda bahawa badan anda sihat seperti juga hubungan anda.

    Kentut adalah mekanisma tubuh yang menandakan bahawa metabolisma kita sihat. Selain itu, para pengkaji mengatakan bahawa kentut di depan pasangan akan membuat hubungan lebih tahan lama.



    Namun, tak semua orang mahu kentut di depan pasangannya. Sebabnya, perkara tersebut dianggap memalukan, kotor, dan takut jika pasangan terganggu. Padahal, kentut di depan isteri atau suami punya banyak manfaatnya.

    Tanda kepercayaan



    Bila bersama pasangan, kita selalu ingin tampil menjadi yang terbaik. Kentut hanya akan merosakkan kesempurnaan tersebut.

    Seiring waktu, kepercayaan di antara anda dan pasangan akan tumbuh sehingga lama-lama satu sama lain akan menerima keadaan pasangan seadanya. Malah, laman khusus perkahwinan Save Marriage Forever sangat mensyorkan pasangan suami isteri untuk tidak menyembunyikan kentutnya.

    Jika sudah komited untuk menerima seadanya sepenuh jiwa raga, kentut si dia tidak diterima?

    Penerimaan dan ketulusan hati

    Penulis buku psikologi keluarga Leah DeCesare mengatakan bahawa hubungan yang sihat dalam keluarga adalah ketulusan dan kepercayaan. Kenyataan yang dikutip oleh Ozock ini menyatakan bahawa ketulusan itu dalam erti memahami apa-apa jua keadaan pasangan.

    Jika keadaan pasangan sedang di hujung tanduk ingin buang angin, pasangan yang baik pasti akan menerima bunyi dan aroma dari pasangannya dengan tulus.

    Berkompromi

    Leah Decesare mengatakan bahawa detik-detik pertama dalam perkahwinannya yang membuat suaminya pasti akan betah bersamanya adalah saat pertama kali dia kentut di depannya.

    Peristiwa tersebut membuat suami yakin bahawa dia boleh berkompromi dengan “bencana” apapun bersama isterinya setelah dia dapat melalui sesi buang angin isteri dengan baik.

    Buang angin di hadapan pasangan juga boleh membuat anda rasa lebih bebas melakukan apa-apa. Pasangan juga boleh mengetahui sejauh mana dia harus berkompromi dengan keadaan anda pada waktu tak terduga.

    Melahirkan rasa empati

    Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Kentut tak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.


    Kentut adalah peristiwa semula jadi seperti menangis, ketawa, dan makan. Jika ingin hidup selama-lamanya bersama pasangan, jangan menahan kentut anda.

    Kerana, kentut di depan pasangan akan melahirkan empati di dalam hatinya bahawa apa-apa jua keadaan anda, pasangan tetap akan menganggap anda adalah manusia biasa yang juga penat, beremosi, bersedih, ketawa, dan kentut seperti manusia lain.

    Namun, jika anda adalah jenis orang yang kentut dengan bunyi dan bau yang luar biasa, tunjukkan empati dengan memberinya amaran bahawa anda akan menjatuhkan “bom atom” tersebut. Ini dilakukan agar pasangan yang sedang dalam keadaan makan dan melakukan perkara lain boleh bersiap melakukan pemindahan.

    Selepas proses menjatuhkan “bom atom” dan pemindahan selesai, jangan lupa ketawa bersama pasangan.

    Adakah anda masih ingat pada bila-bila pertama kali mendengar kentut pasangan? Bagaimana respon pasangan saat pertama kali mengetahui bahawa anda baru saja buang angin?

    Jika ya, kongsikan rencana ini sebagai peringatan bahawa anda mencintai dan menerima si dia seadanya dari dirinya. Baik dari segi fizikal dan bukan fizikal, dalam bentuk pepejal, cecair, dan gas.

    Selamat bernostalgia bersama pasangan. Semoga kentut yang singkat dapat mengeratkan hubungan anda.




    0 comments:

    Post a Comment