Thursday, 2 June 2016

Filled Under:

TRAGIS!!! AL-FATIHAH!!! Cabut Gigi - Kematian Menantu TPM, Walaubagaimanapun Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan... Dan Tidak Disangka-sangka...

    TRAGIS!!! AL-FATIHAH!!! Cabut Gigi - Kematian Menantu TPM, Walaubagaimanapun Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan... Dan Tidak Disangka-sangka... 




    KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam, sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

    “Siasatan sudah bermula semalam, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, hari ini.

    Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.

    Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.

    Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

    Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mencari formula ke arah memperbaiki perkhidmatan kesihatan di hospital swasta di seluruh negara, termasuk dalam soal memantau dan mengawal kadar caj kepada pesakit.

    Beliau berkata kementerian sedang mengkaji pelaksanaan sistem audit yang sama seperti dilakukan di hospital kerajaan.

    Katanya ini penting supaya hanya kadar caj yang munasabah yang bersesuaian dengan penyakit sahaja yang dikenakan kepada pesakit.

    “Ada sesetengah hospital swasta yang menggunakan imbasan MRI kepada pesakit sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan CT Scan yang lebih murah,” katanya. – Bernama




    0 comments:

    Post a Comment