Saturday, 10 December 2016

PILU!Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Suami MENYESAL Seumur Hidup Selepas membaca Diari milik Isterinya.. Isterinya Yang Diperlakukan Tak Ubah Seperti BINATANG!!



PILU!Suami Belasah Isteri Sampai Mati, Suami MENYESAL Seumur Hidup Selepas membaca Diari milik Isterinya.. Isterinya Yang Diperlakukan Tak Ubah Seperti BINATANG!!




Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.

Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar "Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

>Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.

Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

>Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...


Friday, 9 December 2016

174 Nama Anak Yang Membawa Maksud Yang Baik Sesuai Dengan Trend Masa Kini

 174 Nama Anak Yang Membawa Maksud Yang Baik Sesuai Dengan Trend Masa Kini






Nama adalah satu identiti wajib bagi semua manusia di seluruh dunia di mana ia adalah alamat untuk diri seseorang. Jika tidak mempunyai nama seseorang tersebut sudah pasti sukar dikenali dan lagi menyusahkan apabila untuk dipanggil.

Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya.

Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajibnya untuk memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan apabila dilahirkan.

Dalam memberikan nama anak, kita jangan memandang remeh dari segi maksudnya kerana panggil nama itu merupakan satu doa kepadanya.

Trend masyarakat kita di Malaysia sekarang dapat dilihat begitu banyak nama moden baru yang wujud di mana  ada nama sampai susah hendak disebut, senang cakap terbelit-belit lidah.

Tapi adakah nama yang kononnya moden itu membawa maksud yang baik kepada anak kita?

Kerana nama yang kita letakkan itu akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya bahkan di alam kubur nanti nama itu akan diseru oleh Mungkar Nangkir.

Berikut adalah 174 cadangan nama anak perempuan yang baik dan sesuai dengan trend zaman sekarang. Nama yang disertakan juga disediakan sekali maksud yang cantik-cantik semuanya.

1. AFIFA FITIYA
Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri

2. AFRA NAILA ARKARNA
Anak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan purnama yang menerangi hati

3. AINA TALITA ZAHRAN
Mata seorang gadis yang berkilau

4. AINIYA FAIDA AZMI
Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai pohon rimbun yang bersemi

5. AINUN MAHYA
Mata yang bersinar

6. AISHA ALIFA
Keramahtamahan yang hidup

7. AISHA FARHANA
Anak perempuan yang hidup dan bergembira

8. AKIFA NAILA
Wanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi

9. ANNISA FAIHA
Anak perempuan yang memiliki banyak kelebihan

10. ANNISA KASTURI NAIM
Anak perempuan penghuni surga yang harum bagai bunga kasturi

11. ARIQA FATINA
Anak perempuan baik budi dan menarik hati

12. ASKANA SAKHI
Anak perempuan yang baik hati dan murah hati
13. ASSYIFATU HAIFA
Anak perempuan yang bagaikan obat penawar dahaga

14. ATHIFA FARIHAN WARDA
Anak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga mawar

15. ATIKA BALQIS AZIZAH
Ratu mulia yang pemurah

16. ATIKA ZAHRA RATIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-seri

17. ATIQA FAIRUZ KHALISA
Anak perempuan yang cantik bagai permata murni
18. AULIA IZZATUNNISA
Anak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan

Nama bayi Awalan B

19. BADRIYYA SHALIHA
anak perempuan yang cantik dan shalihah

20. BAHIYYA ATIQA FAIHA
anak perempuan yang cantik yang memiliki keindahan dan banyak kelebihan

21. BAITI DURRIYA
Rumahku adalah cahaya mutiara

22. BALQIS ADZRA
Ratu yang terhormat

23. BARIA KAMILIA
Anak perempuan yang bagaikan pepohonan yang selalu hijau dan unggul

24. BASIMA SHALIHA
Senyuman anak perempuan yang shalihah

25. BASIMA WARDATUL ZHAHIRA
Anak perempuan yang tersenyum bagai bunga mawar yang bercahaya

26. BASYASYA AFIFA
Anak perempuan yang memiliki wajah berseri-seri sedang mensucikan diri

27. BILQIS FAIHA RIFDA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan pemberi pertolongan

28. BILQIS UFAIRA
Ratu yang pemberani

29. BURAIRA BALQIS FAIHA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan dan selalu berbuat baik

30. BUSYRA FITRIYANI
Kabar gembira dari anak perempuan yang suci

31. BUTSAINA IFTITAH NAILA
Permulaan dari anak perempuan yang cantik adalah anugerah



Nama bayi Awalan D

32. DALIYA ZAHRA KHASIEB
Anak perempuan yang bagaikan bunga pohon anggur yang subur

33. DARY ARRIFDA
Anak perempuan pemberi pertolongan yang lemah lembut

34. DARY AZZALFA
Anak perempuan yang bagaikan permukaan mutiara yang lembut

35. DIANA DURRIYATUL JANNA
Agama yang bercahaya bagai mutiara surga

36. DIANA SYAUQIA
Anak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan

37. DURATU ANNASIHA
Mutiara nasihat

38. DURATUL HIKMAH
Mutiara Hikmah

39. DURRATUL JINAN
Mutiara Surga

40. DURRRIYA NAILA TALITA
Gadis yang suka memberi bagaikan cahaya mutiara

41. DZAKIRA AFTANI
Anak perempuan yang memiliki ingatan yang mengagumkan

42. DZAKIRA TALITA ZAHRA
Gadis yang berzikir bagai bunga

43. DZAKIYYA TALITA SAKHI
Gadis cerdas yang murah hati

Nama bayi Awalan F

44. FADYA JAMIL ANNIDA
Seruan indah yang menyelamatkan
45. FAIDA ANNAILA

Pemberian yang bermanfaat
46. FAIHA NADA ZALFA

Anak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang banyak kelebihannya

47. FAIZA ALYA AZIZA
Pemenang yang tinggi dan mulia

48. FAJRA NADA NADIFA
Anak perempuan yang bagaikan embun pagi yang bersih

49. FAKHIRA SALWA NABILA
Burung puyuh yang bagus dan cerdik

50. FANY AZHAR AZIZA
Bunga yang fana dan mulia

51. FARAH AZHAR
Anak perembuan yang bagaikan Bunga-bunga dan kesenangan

52. FARHANA RAQWANI
Kemajuan yang menggembirakan

53. FARIDA KAMILA ZUHDI
anak perempuan yang bagaikan permata yang mahal dan sempurna yang rendah hati

54. FATIHA RUSYDA ADDIEN
Agama pembuka jalan yang lurus

55. FAUZIA RAFIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik adalah kemenangan yang gemilang

56. FITRI SYAFIA
Anak perempuan yang suci dan sehat

Nama bayi Awalan G

57. GHAZIYA HAFIZA
anak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya

Nama bayi Awalan H

58. HAFIZA KHAIRA LUBNA
Kebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya

59. HAIFA AISH FAIHA
Anak perempuan yang ramping dan memiliki banyak kelebihan

60. HAMDA SAKHIA
Anak perempuan yang banyak bersyukur dan murah hati

61. HANA AISH SALMA
Anak perempuan yangyang bahagia dan selamat

62. HANA KHAIRUNNISA
Sebaik-baiknya anak perempuan yang bahagia

63. HANIA SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur

64. HANIFA RASYIDA
Muslimah yang teguh dan tegar

65. HASNA NABILA
Anak perempuan yang cantik dan cerdik

66. HAURA NAZHIFA
Anak perempuan yang berkulit putih dan bersih

67. HUSNIA RANI ZAHRA
Bunga yang indah dan mempesona

Nama bayi Awalan I

68. IFFA ASTILA RAHMA
Anak perempuan yang memiliki keturunan yang baik, rasa hormat dan kasih sayang

69. IFTINA ASSYABIYA RAFIFA
Gadis kecil yang berakhlk baik yang mengagumkan

70. ILMI SUHAIMA
Anak perempuan yang memiliki ilmu tentang keberuntungan

71. IMA SHABIRA
Pemimpin yang penyabar

72. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan

73. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan

74. INAYA RAFA
Anak perempuan yang memiliki perlindungan yang tinggi

75. INSYIRA FAUZIA
Kegembiraan atas kemenangan yang gemilang

76. IRTIA NAZIHA
Kesenangan yang jauh dari hal-hal yang buruk

77. IZA NAJDA
Anak perempuan yang memiliki keberanian dan kehormatan diri



Nama bayi Awalan J

78. JAMILA RAFIF LUTHFIA
Anak perempuan yang cantik dan lembut yang berakhlak baik

79. JANNATU SAUQIYA
Anak perempuan bagaikan surga yang dirindukan

80. JARIA SALSABILA
Amal yang tak terputus laksana mata air surga

81. JAUHARA ZAHRANI
anak perempuan yang bagaikan permata yang berkilauan

82. JAUZA JAHIRA
Anak perempuan yang bagaikan buah kenari yang berkilau

83. JIHAN TALITA ULFA
Gadis berwawasan luas yang ramah

84. JUHAINA ZAKIYA
anak perempuan yang bagaikan kebun yang tumbuh dengan baik

Nama bayi Awalan K

85. KALILA RIFDA
Anak perempuan yang memberi pertolongan dengan lemah lembut

86. KAMILIA ULFA
Persahabatan yang sempurna

87. KARIMA HAURA ZUHDA
Anak perempuan berkulit putih yang mulia dan rendah hatiWanita berkulit putih yang mulia dan rendah hati

88. KHADZIYA NISRINA
Bunga mawar putih yang harum baunya

89. KHAIRA TALITA RUMI
Gadis yang baik hati laksana seorang penyair Ibnu Rumi

90. KHAIRUNNISA SALSABILA
Sebaik-baiknya wanita laksana mata air surga

91. KHALIFA SAKHI
Anak perempuan sebagai pemimpin yang murah hati

92. KHANSA SABIHA
Semoga seperti seorang pejuang muslimah yang wajahnya berseri-seri

93. KHATAMI SAHIRA
Mata air terakhir

94. KHAZANA RIDHA NAILA
Anak perempuan yang suka memberikan hartanya dengan ikhlas

Nama bayi Awalan L

95. LABIBAH ZAKIYYA
Anak perempuan yang cerdik dan cerdas

96. LAILA FAIHA
Malam yang memiliki banyak kelebihan

so
97. LAIMUNA HAURA HASNA
Gadis berkulit putih yang cantik laksana jeruk yang manis

98. LATIFA QOTRUNNADA
anak perempuan yang lembut bagaikan tetesan embun

99. LUJNA KAMILA
Bukit datar yang ditumbuhi pepohonan yang selalu hijau

100. LUQYANA FARHA
Perjumpaan kita yang menggembirakan

101. LUTHFIA NISRINA
Gadis yang lembut bagaikan bunga mawar putih

102. LUTHFIA ZAHRA TALITA
Gadis lemah lembut yang selalu berseri-seri

Nama bayi Awalan M

103. MAHDIYATU SYAUQIYA
Anak perempuan yang selalu rindu mendapatkan hidayah

104. MAHIRA HASNA KAMILA
Kepandaian dan kecantikan yang sempurna

105. MAISYARA SALSABILA
Ketenangan mata air surga

106. MARDIYATU EL-HAZIMA
Anak perempuan yang teliti dan mendapatkan keridhoan Allah

107. MAWADDATU SHIFWA
Kasih sayang seorang sahabat akrab

108. MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang mendapatkan pertolongan dari persahabatan

109. MUFIDA SALSABILA
Anak perempuan yang bermanfaal laksana mata air surga

Nama bayi Awalan N

110. NABILA HASNA AMIRA
Kecerdikan dan kecantikan seorang ratu

111. NADA FAJRIA SALSABILA
Embun pagi dari mata air surga

112. NADHIFATUL AZHAR
Bunga-bunga yang bersih

113. NAFLA SYAKIRA
Bunga matahari yang pandai bersyukur

114. NAILA MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang suka memberi pertolongan dan keramahan

115. NAJWA KHAIRA WILDA
Bisikan kebaikan dari seorang bidadari

116. NAURA HASNA ANNIDA
Anak perempuan yang mempesona bagai bunga yang indah

117. NAURA NADHIFA AKMAL
Bunga yang bersihnya lebih sempurna

118. NIDA RANIA FAJRIA
Seruan yang mempesona di pagi hari

119. NISRINA ARIJ HISANA
Bunga mawar putoh yang sangat harum dan cantik

120. NUDA BAHIRA RAMADHANI
Pelangi yang indah di bulan Ramadhan

Nama bayi Awalan Q

121. QONITA ISMAN TAQIYYA
Anak perempuan yang taat kepada suami dan bertaqwa kepada Tuhannya

122. QOSAMA AFKAR BASHIRA
Keindahan dari buah pikiran yang bijaksana

123. QOTRUNNADA SALSABILA
Tetesan embun dari mata air surga

Nama bayi Awalan R

124. RAFIA FATINA
Anak perempuan anggun yang menarik perhatian

125. RAFIFATU RIFDA
Anak perempuan yang berakhlak baik dan suka memberi pertolongan

126. RAHIMA TALITA SHALIHA
Gadis baik yang penuh kasih sayang

127. RAHMA SHAFIYYA
Kasih sayang dari seorang kawan yang tulus

128. RAIDA FAKHIRA
Pemimimpin perempuan yang membanggakan

129. RAIHANA YASMINA FAIHA
Bunga melati yang harum dan memiliki banyak kelebihan

130. RANIATU JANNA
Surga yang mempesona

131. RASYIDATU MARWA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Marwa

132. RASYIDATU NAJA
Petunjuk yang menuju keselamatan

133. RASYIDATU SHAFA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Shafa

134. RAUDHATU JANNA
Taman surga



Nama bayi Awalan S

135. SAHLA SAIDA
Anak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan kebahagiaan

136. SAKINATU MARWA
Ketengangan saat berada di bukit Marwa

137. SALIMA NAZIHA
Anak perempuan yang selamat dan bersih dari noda

138. SALSABILA NADHIFA
Mata air surga yang bersih

139. SALWA ZAKIYYA
Burung puyuh yang tumbuh dengan baik

140. SAYYIDA HAKAMA
Pemimpin perempuan yang bijaksana

141. SAYYIDATU HAIBA
Pemimpin perempuan yang berwibawa

142. SHOFIE SALSABILA
Mata air surga yang jernih

143. SUHAILA ILMA NAFIA
Kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat

144. SUKAINA FARIHA
Anak perempuan yang tenang dan periang

145. SYAFIYYA RAHMA
Seorang teman yang tulus penuh kasih sayang

146. SYAWWAL HUSNAYAN
Bulan Syawwal yang penuh kemenangan

147. SYIFA SAUQIYA
Anak perempuan laksana obat penawar rindu
Nama bayi Awalan T

148. TAHANY SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur

149. TALITA HASNA HUMAIRA
Gadis yang cantik yang pipinya kemerah-merahan

150. TAMIMATU EL-QAIDA
Pemimimpin perempuan yang kuat

151. TASMIRA KAMIL
Permata yang indah dan sempurna

152. TASNIM THUFAILA
Angin semilir yang lembut dan halus

153. TSABITA SHIFWA
Sahabat yang memiliki keteguhan hati

Nama bayi Awalan U

154. UFAIRA NUR AFIFA
Anak perempuan pemberani yang memancarkan cahaya kesucian diri

155. ULFA ALIYA FITRI
Anak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi dan suci

156. ULFA KHAIRUNNISA
Sebai-baik wanita yang ramah terhadap orang lain

157. ULFA RAHMA HAYATI
Wanita yang penuh rasa persahabatan dan kasih sayang dalam kehidupanku

158. UZDA JAMILA
Anak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah

159. UZDA SHAFIYYA
Kawan yang tulus dan memiliki kelebihan

Nama bayi Awalan W

160. WAFIYATU WARDA
anak perempuan yang bagaikan bunga mawar yang sempurna

161. WARDA FATINA
Bunga mawar yang mengagumkan

162. WAZIRA HUWAIDA
Menteri wanita yang lemah lembut

Nama bayi Awalan Y

163. YAFIA AZHAR
Bunga-bunga yang tinggi

164. YASMINA KHAIRUNNISA
The best woman like jasmine

165. YUMNA FARIHA
Anak perempuan yang mendapatkan beruntung dan bahagia

166. YUSRIYYA KAMILA
Anak perempuan yang bagaikan kemudahan yang sempurna

Nama bayi Awalan Z

167. ZAHIDA QALBI NADHIFA
Anak perempuan rendah hati yang memiliki hati yang bersih

168. ZAHIRA FAIRUZ
Anak perempuan yang bercahaya bagaikan permata

169. ZAHIYA KAMILIA
Indah bagaikan pepohonan yang selalu hijau

170. ZAHRA ALMAIRA RAHMAN
Putri (kerajaan) bunga yang penuh kasih

171. ZAHRA AMIRA RAHMANI
Anak perempuan yang bagaikan Bunga yang memimpin dengan kasih sayang penuh kasih

172. ZAHRATU NIDA
Bunga yang mempesona

173. ZALFA NAQIYYA
Permukaan mutiara yang jernih

174. ZARA NADIA AKHYAR
Fajar menyingsing yang mengawali segala kebaikan




SENSASI !!Adi Putra Sahkan Isteri Kedua Hamil!@#?

SENSASI !!Adi Putra Sahkan Isteri Kedua Hamil!@#?




Kalau masih ingat, ada khabar mengatakan isteri kedua Adi Putra kini sedang hamil namun bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripadanya sendiri. Tetapi kini Adi akhirnya membuka mulut mengenai berita kehamilan tersebut. Seperti orang lain, Adi turut berasa teruja dan berdebar menantikan cahaya mata pertama mereka sejak berkahwin pada pertengahan Jun lalu.





“Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui oleh kebanyakan orang. Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi”



“Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru. Soal persiapan pula buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai persiapan menerima orang baru.

Sebelum ini ketika kontroversi melanda Adi selepas beliau bertindak bernikah sekali lagi secara senyap, Adi pernah menegaskan bahawa dirinya tidak mahu lagi berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum kerana serik dengan respon yang diberikan peminat. Mungkin disebabkan itu juga Adi tidak terlalu kongsikan mengenai berita kehamilan ini.

Apapun semoga segala urusan yang dirancang akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hendakNya. Diharapkan juga ikatan perkahwinan yang dibina Adi dan isteri juga akan bertambah erat dengan kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi.









TERKINI!!Saharul Ridzwan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama...ALHAMDULILLAH

TERKINI!!Saharul Ridzwan Bakal Timang Cahaya Mata Pertama...ALHAMDULILLAH




Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan dulu, Saharul Ridzwan dan isteri khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Menerusi akaun Instagram beliau, Saharul seolah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar perkembangan bayi berserta kepsyen mengucap tanda syukur dengan rezeki diberikan



Mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, Saharul Ridzwan akui kehidupannya jauh berubah berbanding dahulu. Malah benar kata orang tua, perkahwinan itu membuka pintu rezeki kerana Saharul sendiri mengalaminya apabila bernikah dengan Deena Emir pertengahan September lalu. Bukan itu sahaja, ada berita juga mengatakan isterinya kini sedang bunting pelamin





“Insya-Allah, kalau ada saya akan beritahu kepada semua. Saya akan cari masa yang betul-betul sesuai dan akan uar-uarkan kepada semua. Saya bukan nak sorok atau apa cuma bagi saya belum masanya lagi untuk saya berbicara mengenainya,” katanya kepada Utusan Online.

Sebelum ini menerusi ruangan Pok Lip dari Utusan Online, Deena dikatakan sedang hamil dengan usia kandungan masih di peringkat awal. Bagaimanapun, Saharul ketika ditanya mengenai berita kehamilan itu memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu dan enggan mengulas lanjut. Mungkin juga kerana kehamilan isteri kesayangannya itu masih di peringkat awal.


Bagaimanapun, Saharul tidak ketinggalan meminta agar semua peminatnya mendoakan yang terbaik buatnya dan isteri, selain daripada mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Terdahulu, Saharul juga mendedahkan bahawa berat badannya kini hampir mencecah 90 kilogram sejak berkahwin, memang terserlah kebahagiaan pasangan pengantin baru ini.