Thursday 2 June 2016

Filled Under:

JAUHI LELAKI INI!!! MOHON SEBARKAN!!! Pedofilia Britain Rogol, Cabul Kanak-Kanak Miskin Di Malaysia.. SADISNYA...

    JAUHI LELAKI INI!!! MOHON SEBARKAN!!! Pedofilia Britain Rogol, Cabul Kanak-Kanak Miskin Di Malaysia.. SADISNYA...




    RICHARD Huckle, 30, yang disifatkan sebagai penjenayah kes pedofilia paling teruk di Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual ke atas puluhan kanak-kanak Malaysia dan Kemboja.

    Huckle, 30, yang berasal dari Ashford, Kent mensasarkan mangsanya seawal usia 6 bulan, dari kalangan anak-anak keluarga miskin.

    Segala-galanya terbongkar selepas polis Australia mengesan laman web pedofilia dipanggil Love Zone; yang tersembunyi di sebalik laman web gelap serta menggunakan kata laluan rahsia.

    Laman web yang menyimpan puluhan ribu akaun pengguna itu, menawarkan banyak gambar-gambar dan video menunjukkan kanak-kanak didera secara seksual.

    Menurut Pegawai Pasukan Petugas Khas Argos di Australia, pencipta laman web itu berjaya ditangkap selepas perkataan rahsia ‘hiyas’ sepadan dengan perkataan sama digunakan dalam sebuah akaun Facebook.

    Akaun Facebook itu membawa pihak berkuasa kepada lelaki dikenali sebagai Shannon McCoole, seorang kakitangan penjagaan kanak-kanak di Adelaide.

    Siasatan terperinci pada gambar tangan McCoole didapati sepadan dengan kebanyakan imej penderaan, membuatkan dia sabit kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama 35 tahun pada 2015.

    Menggunakan data daripada laman web Love Zone, mereka mengenal pasti pula Richard Huckle lantas maklumat berkenaan suspek diberi kepada Agensi Jenayah Kebangsaan Britain.

    Susulan itu Huckle ditahan ketika pulang ke Britain untuk sambutan Hari Krismas pada 2014.

    Walaupun mengaku mencabul 23 kanak-kanak, lebih banyak lagi dijangka telah menjadi mangsanya sejak 2006.

    Huckle yang pernah bekerja di kilang telefon bimbit dan dikenali sebagai penganut Kristian ‘alim’ dikatakan pergi ke Malaysia pada 2005 untuk berdakwah dan mengajar.

    Pada tahun berikutnya Huckle pergi ke Kemboja dan mula memuat naik gambar kanak-kanak sana seawal usia 3 tahun.

    Selepas itu dia dikesan sering mengunjungi Malaysia kononnya untuk mengajar dan mengambil gambar.

    Huckle menggunakan modus operandi merapati komuniti setempat terutama golongan miskin sebelum mengambil kesempatan merogol dan mencabul anak-anak mereka.

    Semua ini didedahkannya sendiri kepada pedofilia lain dalam laman web Love Zone. 




    0 comments:

    Post a Comment